D'Owner! Tagboard! Credits!
| Asasi or Matrik or Diploma ? Hai semua *waving hand . Firstly, Atin nak ucap congrate kepada semua adikadik lepasan SPM yang dapat further study . Adikadik dah kena bersiap sedia even nak pergi daftar lambat lagi . Bukan ape , persediaan mental dan fizikal amat penting . Maklumlah, cuti lama kan . Kalau dah bersedia, takde la terkejut sangat bila masuk uni/matrik/maktar or etcetera nanti . Atin cakap ni based on my experience . Dulu masa daftar , tak ada la terkejut sangat pergi uni , sebab ada pengalaman hantar abang kakak masuk uni . Tapi masa daftar tu, agak nervous sebab lama tak pegang pen . Nak tulis nama pun terketaqketaq . Haha , segan tau , tulisan dah macam ape dah . Beberapa hari lepas ada adikadik senior sekolah dan kenalan via fb tanya Atin 2,3 soalan . Antaranya ; 1)Kalau dapat matrik nak pergi tak ? 2)Matrik dgn asasi , yang mana eh ? 3)Matrik / asasi or diploma ? Atin bukan penah study sampai master or Phd nak jawab semua soalan macam tu . Tapi tak salah kan kalau nak bagi pendapat untuk adikadik yang bertanya . Asasi/Faundation Bagi sesape yang dapat asasi , confirm result korang cun kan ? Yela, nak masuk asasi skrg ni mesti ada 7A and above .Overall student kat sana genius . Ada jugak yang dapat 6A pun boleh masuk, semua takdir dan rezeki dari Allah . Asasi ni bagus sebab korang akan belajar dalam jangka masa pendek . Hanya 2 sem dan dapat sambung degree terus . But, once u all pergi asasi, u all kena work all out . Sebab korang akan belajar cepat and habiskan apa yang student diploma belajar selama 3 tahun dalam masa 1 tahun je . That’s why atin cakap korang kena work all out . Ade 2,3 org senior Atin ckp “ei, susah kot, kat sana semua student otak pandaipandai je “ . Bagi Atin, korang yang terpilih tu dah dalam kalangan org yang pandai tau . Just pergi sana , tetapkan niat yang betul , study and tawakal kpd Allah . Matrikulasi FYI, matrik just ade 3 kos, iaitu Sains Hayat , Sains Fizikal and Perakaunan . BILA DAPAT MATRIK , KORANG KENA FIKIR 2 ,3 KALI TAU Bila korang dah dapat matrik, korang pun kena pulun sama macam asasi . Sebab matrik pon belajar same macam asasi .Ye, cepat dan laju . Matrik pun ada 2 sem jugak . Based on pengalaman kawankawan Atin, kalau anda dapat pointer rendah masa sem 1 ,sampai satu tahap anda disarankan keluar dari matrikulasi (kalau terlalu rendah la) . And ada 2,3 kawan dah keluar sebab pointer sem 1 mungkin tak dapat menolong mereka masa sem 2 . Sebab nanti nak kira GCPA then nak apply degree . Tapi matrik ada bagi elaun utk student . Kalau korang masuk matrik , ingat jangan mainmain . Belajar betulbetul tau . :) Matrik hanya platform untuk sambung degree dengan cepat bukan kerja dengan cepat . Even korang dapat pointer 3.0++ pun , korang tak tentu lagi dapat kos yang korang inginkan . Diploma Ada yang cakap : “Diploma budak budak tak pandai , diploma lama sangat. “ Ape daaaa…. Tak semua bebudak dip ni dapat result rendah masa SPM . Cuba cari budak straight A’s , 7A’s yang ambik diploma . Berlambak tau . Diploma memang makan masa , 3 tahun dik oii . But ada sesetengah uni yang tawarkan 2tahun setengah je macam UTHM . Memang diploma makan masa , but if korang jaga pointer and study sampai menghasilkan CGPA yang tinggi, korang mungkin boleh sambung degree hanya 3 tahun sahaja . Tak seperti student matrik or asasi yang akan sambung degree 4 tahun .Then masa diploma korang boleh relax je . Enjoy pun boleh but kena ingat , study tu penting . Korang akan belajar secara mendalam kat diploma ni . Btw , sijil asasi dan matrik tak boleh apply kerja tau . Tapi dengan sijil diploma , korang dah boleh kerja tau . Nak kerja sekarang susah ? . Yes, kerja sekarang ni, lepasan degree pun susah nak dapat . Korang mesti ingat, Allah ada dan dia Maha Berkuasa . Rezeki itu ada dimana mana . Tapi student yang stdy diploma-dergree yang mudah nak dapat kerja sekarang sebab diorang belajar secara mendalam . Kalau korang dapat kos yang korang minat , masuk la diploma sebab tak mungkin korang akan dapat peluang macam ni lagi . Take Note .
|